Wednesday, June 2, 2010

Halau APCO jika serius bantah Israel


PUTRAJAYA, 2 Jun: Pemuda Pakatan Rakyat mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak segera menghalau APCO Worldwide dari negara ini sekiranya serius membantah tindakan tentera rejim zionis menyerang konvoi bantuan kemanusiaan Gaza, Isnin lalu.

Di dalam memorandum yang diserahkan kepada Perdana Menteri di Jabatan Perdana Menteri, di sini kira-kira jam 11.40 pagi tadi, mereka juga berharap kerajaan tidak hipokrit berhubung perkara itu.

Pemuda Pakatan juga melahirkan rasa kesal dengan sikap Perdana Menteri yang lambat menyatakan bantahan, perlahan dan tidak tegas kerajaan dalam memberikan respons terhadap serangan ganas tentera laut rejim haram Israel ke atas konvoi kemanusiaan Gaza itu.

Mereka juga mendesak kerajaan memutuskan hubungan perdagangan dan saham dengan semua syarikat yang mempunyai hubungan dengan zionis Israel.

Selain itu, mereka mencadangkan Najib mengadakan sidang Parlimen khas pada pagi Khamis dan Jumaat ini sebagai menyatakan bantahan berhubung serangan tersebut.

Mereka juga mempelawa Najib turut serta pada demonstarsi besar-besaran pada 4 Jun ini di hadapan Kedutaan Amerika selepas solat Jumaat.

Hadir pada penyerahan memorandum itu ialah Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mat Akin dan Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad.

0 comments: