Sunday, June 6, 2010

Cerita & Gambar-Gambar Dari Gaza Untuk Dikongsi Bersama...
Email dari seorang sahabat dan minta dikongsi dengan semua pembaca... harap dapat sebarkan untuk dikongsi dan dihayati bersama...


Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yang pergi ke Gaza baru-baru ni, datang ke syarikat kami untuk berkongsi pengalamannya pergi ke Gaza baru-baru ini. Persatuan Islam Pekerja yang anjurkan. Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat-sekat sebab dia kata dia tak dapat lupakan pengalaman yang dia akan kenang sampai mati.

Ada beberapa perkara yang mahu saya kongsi bersama kerana ianya membuatkan tidur saya tidak lena...


Mesir

Razali kata, ini Firaun moden. Nama je Islam tapi dah terlalu sekular. Sanggup kencing di dinding-dinding masjid.

Mesir sekat sempadan sedangkan hanya itu sahaja jalan darat hendak ke Gaza . Makanan dan ubat-ubatan semuanya rosak di sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Mesir-Gaza berada dalam kawasan sepanjang 14 kilometer. Kalau lah tiada sekatan, rakyat Palestin takkan kebuluran...

"Mesir lebih rela bersempadan dengan Israel daripada bersempadan dengan Hamas, Apa punya manusia ni..!", kata Razali Awang.

Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali beritahu rakyat Palestin yang dia interview, di Malaysia, tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestin…

Berapa banyak checkpoint dia kena lalui di Mesir… tapi dengan pertolongan Allah SWT, semuanya berjaya dilepasi... tapi perit nya... yang mintak rasuah… charge naik bas sejauh 500 meter ialah RM70!!!

Memang sekutu kuat Amerika and Israel (Eee…tak ingin hantar anak gi Al Azhar... lebih baik hantar ke negara Islam lain... UIA pun dah bagus!!!)

Gaza (Palestine)


Terbahagi kepada 2 – Hamas dan Fatah… Belah Fatah ada Kasino! Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza ! Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yang ni).

Razali kata rakyat Palestin sangat berpegang teguh kepada ajaran Islam dan mazhab Shafie. Orang Palestin sangat baik dan peramah jika dibandingkan dengan Pak Arab di Mesir tu.. Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama... tapi dia mention Hashim…).

Beautiful country, iklim Mediterranean. boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..

Hamas

Memang kalangan yang rela mati sebab mati syahid. Rela mati bila-bila masa. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia orang ucap "Kalau anda datang lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi?"…macam mereka tahu yang mereka akan mati bila-bila masa sahaja.

Tulang-temulang manusia yang melekat di dinding bangunan-bangunan yang rosak akibat dibom Yahudi/Zionis, tak busuk walau dah berminggu! Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel… punyalah jahat bangsa Yahudi/Zionis, kubur pun dibedil konon tempat simpan senjata.

Hamas ada 25,000 org... tak de senjata canggih tapi yang mati hanya 100 lebih je!!! Hamas ni beroperasi di bawah tanah dan mereka berada dimana-mana saja. mereka beroperasi dalam kumpulan-kumpulan kecil.

Isteri-isteri kepada yang mati syahid, hanya ada satu misi, untuk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa semula suami masing-masing di syurga... Bagi mereka, kanak-kanak yang mati berada di sisi Allah SWT. Menurut seorang ibu yang anaknya mati syahid, hari ni sorang mati, esok pasti lahir seorang lagi bayi yang bakal menjadi pejuang Islam...

Israel

Memang pengecut sebab tak berani berperang secara berhadapan dengan Hamas. di darat hanya duduk dalam kereta kebal. lepastu serang dengan bom pintar atau bom fosforus dari jarak jauh.

Dia org tau Hamas ada penembak tepat! jadi mereka takut nak turun dari kereta kebal. Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun untuk tumbuh balik. Biar rakyat Palestin kebulur dan tak de sumber pendapatan. Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakan...

Rakyat Palestine

Sedih Razali tengok dia orang rebus rumput sebab dah tak de makanan. Kanak-kanak tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri!

Di hospital - pembedahan, jahit kulit ke apa ke… terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab - ubat dah tak de. Razali kata dia tak tahan dia tengok budak-budak menjerit-menjerit kesakitan bila kepala di jahit!

Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yang telah dibedil dengan bom fosforus... sebelum serangan ada beberapa orang doktor sedang bedah pesakit… Razali kata tak de apa yang tinggal... semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit-sikit disana-sini… Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang… Nauzubillah.

Ada banyak lagi... tapi terlalu panjang untuk ditulis. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza... jadi, inilah yang diceritakan oleh beliau.

Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA ialah negara jiran kita yang paling dekat iaitu SINGAPURA! jadi Razali kata kalau kita shopping dekat sana macam kita sokong Israel.

Jadi kawan-kawan, kita terus berdoa dan berdoa untuk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada..

Wassalam

Gambar-gambar untuk dikongsi bersama - UNRWA School di Beit Lahia, Gaza, Palestin ketika di bom Yahudi/Zionis...
















Himpunan Membantah Kezaliman Zionis Israel Laknatullah di Kota Bharu,Kelantan








Mengimbau Kenangan 2 Tahun Yang Telah Berlalu

Assalamualaikum..."Mengimbau Kenangan 2 Tahun Yang Telah Berlalu" ....2 tahun yang telah berlalu yang aku maksudkan adalah tahun 2008 dan 2009 yang mengamit seribu kisah,menempuh ranjau onak berduri dalam pengajuran "Hari Keluarga Kampung Sentul Patah"...aku rasa cukup bersyukur atas kejayaan mengadakan program ini untuk 2 tahun berturut2 walaupun berdepan berbagai masalah dan karenah2 manusia yang berbagai sifat..ah...lupakan itu semua kerana tahun ni "2010" Sambutan Hari Keluarga Kampung Sentul Patah 2010" akan tetap diadakan.Program ini cukup istimewa kerana inilah satu-satunya program yang asalnya tidak pernah wujud di kampung ini kini menjadi satu program tradisi setiap tahun..masuk je bulan enam pasti ada kedengaran cakap2 orang-orang kampung ni tentang hari keluarga ni tak kira tua,muda,kanak-kanak...semua duk tanya tahun ni ada hari kelurga dok?acara mende hok ada?baju keluarga warna mende?..mcm2 lagi la...hok peting skali dok kira mung sokong ija ke biru ke semua nak terlibat dalam hari kelurga ni..tu yang uniknya...wujud satu perubahan ketara..semua penduduk kampung berkumpul bersama-sama dalam sambutan 2 hari di padang bola sentul patah yang cukup membuatkan orang kampung terkenang akan memori-memorinya...hadioh dok penting maner,yang penting jalinan ukhwah yang terjalin...hehe..apapun doakanlah kami untuk kejayaan program ini pada 18 dan 19 jun ini..mari sama-sama kita memeriahkannya....p/s jgn lupa masuk acara-acara yang di pertandingkan ye...aku saje letak gambar2 hari keluarga tahun 2008(Baju Merah) dan 2009 (Baju Oren) ni..bukan mende..kenangan-kenangan dulu,,,,hehe..tahun ni 2010 (baju Biru) plok..insyaAllah..Jumpe lagi...=)