Saturday, October 31, 2009

HimPiT 10K 2009

Sebelum Bertolak Kul 6.30 pagi/Jumaat/Markas Pas Sentul Patah





Singgah Sarapan Pagi Di Paka.





HIMPIT 10K,Dataran Tok Guru,Geliga,Kemaman






Bersama Ustaz Azhar Idrus





Lautan Hijau Himpit 10K
















Jam 6.00 Petang Kami Pulang Ke Sentul tercinta...Jumpe lagi Di Himpit 2010..InsyAllah

Thursday, October 29, 2009

SumBangan JIHAD anDa Di PerlukaN



PASTI AL-FATAH,yang terletak di kampung Sentul Patah,Marang.PASTI AL-FATAH di tubuhkan pada Januari 2000 dan PASTI ini telah menjangkau usia selama 9 tahun sejak penubuhannya.Bangunan surau telah dijadikan sebagai tempat pengajaran dan pembelajaran bagi anak-anak kampung Sentul Patah dan beberapa kampung berdekatan bermula tahun 2001 sehinggalah sekarang dengan tenaga pengajar seramai 2 orang,seorang pembantu dan seorang pemandu.
Alhamdulillah berkat kesabaran dan kerjasama yang jitu yang diberikan semua pihak bagi sama-sama membangun dan memajukan PASTI ini,akhirnya pada tahun 2008 PASTI AL-FATAH telah berjaya membina sebuah bangunan baru yang akan digunakan sebagai bangunan utama bagi mengantikan surau yang sebelum ni dijadikan tempat untuk pelajar-pelajar menuntut ilmu.InsyaAllah bangunan baru (dalam fasa terakhir pembinaan) ini akan dapat digunakan sepenuhnya pada awal tahun 2010.

Namun begitu,sebagai sebuah institusi yang berdiri tanpa bantuan dan sumber kewangan dari mana-mana pihak,PASTI AL-FATAH amat memerlukan dan mengharapkan derma dan sumbangan sebagai sebahagian dari jihad dari tuan/puan yang dermawan bagi menampung kos dan perbelanjaan untuk mengurus dan mentadbir serta menjalankan aktiviti yang berkaitan pengajaran,pembelajaran dan bagi menampung kos menyiapkan fasa akhir pembinaan bangunan utama dan Majlis Intifal PASTI AL-FATAH kali ke-9 yang akan diadakan pada 14 November 2009.Majlis intifal ini diadakan bagi menyampaikan penghargaan kepada pelajar-pelajar yang berjaya dalam peperiksaan tahunan dan sepanjang pembelajaran serta menghargai jasa guru dan kakitangan PASTI AL-FATAH.Sumbangan dan derma yang tuan/puan hulurkan akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk proses pembelajaran dan pembangunan serta aktiviti-aktiviti yang di jalankan di PASTI AL-FATAH.

Sehubungan dengan itu saya mewakili warga PASTI AL-FATAH yang terdiri dari anak-anak yang dahagakan ilmu dan tunjuk ajar serta tenaga pengajar dan kakitangan yang bertugas tanpa ada erti jemu dan putus asa,MEMOHON DAN MERAYU sumbangan dan derma bagi kelangsungan agenda pendidikan dan pentarbiyahan PASTI.Semoga derma dan sumbangan yang dihulurkan menjadi saham dan pelaburan sebagai bekalan dihari kemudian dan diterima sebagai sebahagian dari amal soleh dan keredhaan Ilahi.

Segala sumbangan dan derma bolehlah disumbang dan diberikan terus kepada:

Nama Akaun : PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI) PASTI AL-FATAH
QARYAH SENTOL PATAH.
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad.
No.Akaun : 13-017-02-059245-0

Atau berhubung dengan Pengerusi PASTI AL-FATAH,Saudara Zakaria Ibrahim
(019-9575965) atau Setiausaha PASTI AL-FATAH,Saudara Roslam Mamat
(013-9637481).

Mengakhiri kalam saya mewakili warga PASTI AL-FATAH merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas perhatian dan kerjasama serta sumbangan yang diberikan.

Sekian,terima kasih