Sunday, December 13, 2009

Program "Pemuda Bersamamu"
































Jumpe Di Program Ziarah Pemuda Bersamamu di minggu hadapan..umah din pulok...dah kuar wad katanya...jom pakat ziarah..tarikh nanti di maklumkan kemudian k.

Thursday, December 10, 2009

Mengimbau Kenangan 2009

Bersama-sama kami Pemuda D'Sentul pada:

Tarikh : 24 Disember 2009 (Khamis Malam Jumaat)
Masa : 7.00 - 11.30 Malam
Tempat : Perkarangan Markas PAS Cawangan Sentul Patah
Tetamu jemputan : YB Ustaz Mohd Nor Hamzah,ADUN Bukit Payung Merangkap
Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu
:AJK Pemuda PAS Dun Rhu Rendang
:Seluruh Pemuda.Dan Penduduk Kampung Sentul Patah

Perjalanan Aktiviti Program "Mengimbau Kenangan 2009"

7.00 malam - 8.00 malam : Kuliah Magrib Di Surau Kg Sentul Patah,Disampaikan Oleh;
Ustaz Hanafiah (Ketua Tarbiyyah Pemuda PAS Dun Ru Rendang)

8.00 malam - 9.00 malam : Solat Isya' Berjamaah

9.00 malam - 10.00 mlm : Tazkirah Ringkas Di Markas PAS Cwgn Sentul Patah Oleh:
a-Ustaz Mohd Nor Hamzah(Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu)
b-Ustaz Khalil Abd Hadi(Ketua Pemuda PAS Dun Ru Rendang)

10.00 mlm - 11.30 mlm : Jamuan & Tayangan Multimedia Mengimbau Kenangan 2009



Monday, December 7, 2009

Doakan Mereka Cepat Sembuh



Hari ini sudah masuk hari ke 6 dimana dua orang pemuda kami terlantar di wad 4 Hospital Sultanah Nur Zahirah,Kuala Terengganu.Mereka berdua telah mengalami beberapa kecederaan serius akibat kemalangan jalan raya (motorsikal) yang berlaku di kampung kami baru-baru ini.Sama-samalah kita doakan agar mereka cepat sembuh dan kembali sihat.Amin..





P/s:Kalau ada kelapangan mari lah sama-sama kita ziarah mereka di sana.

Saturday, December 5, 2009

Puluhan Ribu Sayangkan Tok Guru...

Ini Sudah Cukup Untuk Membuktikan yang kami Sayangkan Kerajaan Islam Negeri Kelantan



KOTA BHARU, 4 Dis: Pusat bandar Kota Bharu penuh sesak dengan kebanjiran lautan manusia menghadiri perhimpunan menyokong kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Apa yang jelas ia ratusan kali ganda lebih ramai berbanding demontrasi mendesak Menteri Besar Kelantan meletak jawatan di hadapan Kota Darulnamim Selasa lalu, kata Ketua Penerangan PAS, Ahmad Baihaki Atiqullah.
Biarpun cuaca redup dengan hujan sekali sekala lebat, ia tidak menghalang puluhan ribu rakyat Kelantan hadir menyatakan kasih dan sayang mereka kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz.
Ada yang datang dari Besut, Gua Musang, Jeli, Kuala Krai dan negeri-negeri lain bagi meramaikan lagi perhimpunan tersebut.Pelbagai sepanduk dapat dilihat, ada yang bertulis ‘Kita Sayang Tok Guru Kita’, ‘Kami Menyokong Kepimpinan Tok Guru Nik Aziz’, ‘Royalti bui-builah (bagi-bagilah)’ dan ramai yang memakai lilit kepala bertulis ‘We Love Tok Guru’.
Tidak kurang juga kelihatan ramai anggota polis yang terpaksa berkawal di sepanjang jalan.

Medan Ilmu di Jalan Tok Pati menyaksikan sokongan terhadap kepimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz tidak pernah surut.

Hadir sama anggota-anggota Exco kerajaan negeri, wakil-wakil rakyat, Ketua-ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Mohamed Daud dan penduduk bukan Islam serta pemimpin KeADIlan negeri.

Lebih menarik lagi apabila pemimpin masyarakat Cina, India dan Siam turut berucap di hadapan ribuan yang hadir.

Ah Seng mewakili masyarakat Cina menyatakan kaum tersebut di Kelantan dapat hidup aman damai di bawah pemerintahan PAS yang dipimpinan Tok Guru.
“Masyarakat Cina berdiri teguh di belakang Tok Guru. Kami masyarakat Cina menentang keras usaha-usaha pihak lawan yang mahu menjatuhkan Menteri Besar,” katanya diikuti laungan takbir orang ramai.

Tharuman wakil masyarakat India juga menyatakan masyarakat India di Kelantan memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada Tok Guru.

Ucapan dalam bahasa Tamil membuat orang ramai menjadi riuh rendah seketika.

Wakil institusi pondok tradisional di Kelantan, Ustaz Awang Yusof dari Pondok Gelang Mas, Pasir Mas secara terbuka meminta rakyat Kelantan tanpa mengira agama dan bangsa memberi sokongan padu kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Wakil KeADILan yang begitu bersemangat berucap berkata, ribuan rakyat yang hadir hari ini tidak dibayar sesen pun untuk hadir menyatakan sokongan kepada Menteri Besar.

“Tidak ada sebuah kerajaan yang bersih di negara ini kecuali Kelantan sepanjang ditadbir Tok Guru hampir 20 tahun,” ujarnya.

Beliau juga mencabar pemuda Umno berdebat pada bila-bila masa untuk membincang isu royalti yang menjadi hak milik rakyat negeri ini cuba dinafikan perdana menteri.

P/S : Mimpi jela UMNO KELANTAN NAK MEMERINTAH...KAMI CUKUP SAYANGKAN TOK GURU DAN KERAJAAN ISLAM KELANTAN INI...TAKBIR!!!!!
















Tuesday, December 1, 2009

Kenangan Di Aidiladha






























Wednesday, November 25, 2009

~Salam Aidiladha~



Di kesempatan kedatangan aidiladha yang syahdu ini bersama alunan takbir memuji kebesaran Allah SWT, kami warga Warkah D'Sentul ingin mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin kepada semua yang mengenali kami warga pemuda di sentul patah ini.semoga hari raya korban mengajar kita erti sebuah pengorbanan demi mendamba cinta Tuhan.Hijrah dari kesesatan kepada keimanan dan taqwa.InsyaAllah.



"Orang Mude Geng Kite"
"Orang Tue Rujukan Kite"
"Ke Arah Pemerintahan Kerajaan Islam Terengganu 2012"

Monday, November 23, 2009

Pendaftaran Pasti Al - Fatah



“PASTI GEMILANG ISLAM CEMERLANG” PASTI PENDIDIKAN ISLAM DI ABAD KE-21

Saturday, November 21, 2009

Ops Bersih Fasa 1

Jumaat,20 November 2009,kawasan sekitar dalam kampung.
Ops Bersih fasa 1 telah berjaya dijalankan bermula jam 3.00 petang dan berakhir jam
5.00 petang..Dengan kerjasama antara DPPSP dan pihak cawangan,alhamdulillah ops ini telah berjaya dilaksanakan walaupun keadaan cuaca agak kurang mengizinkan(musim hujan)..Kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada
beberapa orang tuan rumah yg berada berdekatan dgn kawasan operasi yg telah
sudi menjamu kami dengan air minuman,kuih dan yang paling specialnya..kami dijemput makan nasi minyak di (majlis orang meminang)..hehe..



















































Terima kasih kami ucapkan kepada semua yang terlibat dalam Ops bersih fasa 1 ni,
dan insyaAllah kita jumpa di OPs Bersih fasa 2.....