Sunday, June 6, 2010

Mengimbau Kenangan 2 Tahun Yang Telah Berlalu

Assalamualaikum..."Mengimbau Kenangan 2 Tahun Yang Telah Berlalu" ....2 tahun yang telah berlalu yang aku maksudkan adalah tahun 2008 dan 2009 yang mengamit seribu kisah,menempuh ranjau onak berduri dalam pengajuran "Hari Keluarga Kampung Sentul Patah"...aku rasa cukup bersyukur atas kejayaan mengadakan program ini untuk 2 tahun berturut2 walaupun berdepan berbagai masalah dan karenah2 manusia yang berbagai sifat..ah...lupakan itu semua kerana tahun ni "2010" Sambutan Hari Keluarga Kampung Sentul Patah 2010" akan tetap diadakan.Program ini cukup istimewa kerana inilah satu-satunya program yang asalnya tidak pernah wujud di kampung ini kini menjadi satu program tradisi setiap tahun..masuk je bulan enam pasti ada kedengaran cakap2 orang-orang kampung ni tentang hari keluarga ni tak kira tua,muda,kanak-kanak...semua duk tanya tahun ni ada hari kelurga dok?acara mende hok ada?baju keluarga warna mende?..mcm2 lagi la...hok peting skali dok kira mung sokong ija ke biru ke semua nak terlibat dalam hari kelurga ni..tu yang uniknya...wujud satu perubahan ketara..semua penduduk kampung berkumpul bersama-sama dalam sambutan 2 hari di padang bola sentul patah yang cukup membuatkan orang kampung terkenang akan memori-memorinya...hadioh dok penting maner,yang penting jalinan ukhwah yang terjalin...hehe..apapun doakanlah kami untuk kejayaan program ini pada 18 dan 19 jun ini..mari sama-sama kita memeriahkannya....p/s jgn lupa masuk acara-acara yang di pertandingkan ye...aku saje letak gambar2 hari keluarga tahun 2008(Baju Merah) dan 2009 (Baju Oren) ni..bukan mende..kenangan-kenangan dulu,,,,hehe..tahun ni 2010 (baju Biru) plok..insyaAllah..Jumpe lagi...=)


















































Wednesday, June 2, 2010

Halau APCO jika serius bantah Israel


PUTRAJAYA, 2 Jun: Pemuda Pakatan Rakyat mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak segera menghalau APCO Worldwide dari negara ini sekiranya serius membantah tindakan tentera rejim zionis menyerang konvoi bantuan kemanusiaan Gaza, Isnin lalu.

Di dalam memorandum yang diserahkan kepada Perdana Menteri di Jabatan Perdana Menteri, di sini kira-kira jam 11.40 pagi tadi, mereka juga berharap kerajaan tidak hipokrit berhubung perkara itu.

Pemuda Pakatan juga melahirkan rasa kesal dengan sikap Perdana Menteri yang lambat menyatakan bantahan, perlahan dan tidak tegas kerajaan dalam memberikan respons terhadap serangan ganas tentera laut rejim haram Israel ke atas konvoi kemanusiaan Gaza itu.

Mereka juga mendesak kerajaan memutuskan hubungan perdagangan dan saham dengan semua syarikat yang mempunyai hubungan dengan zionis Israel.

Selain itu, mereka mencadangkan Najib mengadakan sidang Parlimen khas pada pagi Khamis dan Jumaat ini sebagai menyatakan bantahan berhubung serangan tersebut.

Mereka juga mempelawa Najib turut serta pada demonstarsi besar-besaran pada 4 Jun ini di hadapan Kedutaan Amerika selepas solat Jumaat.

Hadir pada penyerahan memorandum itu ialah Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mat Akin dan Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad.