Thursday, July 10, 2008

PROTES TURUN HARGA MINYAK ???

Baru hari ini aku berkesempatan nak ulas tentang program ini…

Stadium Kelana Jaya,7 Julai: PROTES ke KARNIVAL ek??? Protes….apa maknanya program ini? Yang PASTI inilah Satu demo yang telah mencipta sejarah tersendiri yang di anjurkan oleh pihak PAKATAN RAKYAT selepas menang besar pada pilihanraya baru-baru ini...Sejarah nya ialah---DEMO YANG PALING TERUK,LAGHA,TERSIMPANG JAUH,SIANG SAMPAI MALAM---- dari matlamat asalnya..90% aku rasa demo ini sama je mcm SURE HEBOH (anjuran TV3 suku).bezanya SURE HEBOH x de Ceramah,baca puisi,solat hajat...Kesian aku rasa kat Dr.Hatta Ramli dan Setiausaha Agung kita,Kamaruddin Jaafar…aku rasa mcmc di pergunakan oleh jawatankuasa program..dah la bawa nama PAS…aduh..perit dan pedih aku rasa nak terima kesan daripada demo PROTES ni..Jauh beza dengan demo BERSIH anjuran PAS dulu.Aku dengar dari sumber2 tertentu mengatakan demo ini di control oleh PKR.parti2 lain dan Ngo sebagai pelengkap je..Lain kali Nak anjurkan demo..bagi kat PAS ataupun bincang dulu dengan PAS..Korang Tengoklah SINAR HARIAN KELANTAN,Tok Guru Nik Abd Aziz ckp apa Tentang DEMO PROTES ni..Korang fikir la sendiri..kalau dah sampai tok guru pun cakap tak setuju demo di adakan dengan pengisian mcm tu..ada something yang tak kena la tu..pastinya ramai yang dah tau tentang program ni yang telah mengadakan KONSERT…

Pukul 6 Ptg:-KONSERT…umm..bunyi mcm menarik gak..mgkin Nasyid punye konsert kot…biasala PAKATAN RAKYAT yang anjurkan program,tak kan nak jemput siti nurhaliza,XPDC plak kan…aritu kan dah bantah ELLA dan MAS IDAYU nak nyayi time PeRLAWANAN BOLA SEPAK PIALA SULTAN SELANGOR..tu pun DEWAN PEMUDA PAS,SELANGOR yang hantar memorendum supaya dibatalkan konsert time tu ..kalau tak hancur jugak jadinya..berbalik kepada DEMO PROTES????korang rasa la konsert apa ek?nasyid ke???TAK…kalau Konsert Nasyid,aku rasa x de la orng ramai akan meninggalkan DEMo pada petang tu…Memang memalukan….rupa-rupanya Konsert ROCK yang di tampilkan oleh pihak penganjur..BAND2 UNDEGROUND(Carburator Dung) yang di jemput....aduh..malu muslimat2 kita nak pandang ke arah pentas…KESAN UTAMAnYA….jadilah Konsert “Londeh Seluar,Tunjuk Seluar Dalam”..

Aku rasa kalau tak di control keadaan petang tu..Teruk BAND tu dikerjakan….I/CU aku rasa tempat tinggal ahli kump tu..PEDIH2……..tak sangup nak terima kenyataan ini…walaupun pihak penganjur memohon maaf ( aktivis Hishamuddin Rais ),orng yng bertanggjawb bawa band ini sampai nangis-nangis mitak maaf…kemaafan?? Tak semudah itu.Aku yakin,.PAKATAN RAKYAT akan dapat tengok kesannya nanti.Jgn salahkan Rakyat..kalau DEMO2 yang diadakan selepas ini tak mendapat sambutan dan sokongan..Dan aku yakin…kesan nya bukan setakat itu..PASTINYA pihak lawan..UMNO akan gunakan kejadian ini..sebagai bahan,isu mereka pada Pilihanraya ke-13 akan menhentam PR..…Aku bukan nak bangkang sesame sendiri..tapi itulah realiti masyarakat kita…dah kena sekali cukuplah…MuHASABAH la wahai pihak penganjur…jadikan ikitibar dari kesilapan yang telah dilakukan…Dan aku rasa kalau tak diadakan konsert pada petang tu..muslimin dan muslimat kita tak kan balik dan berganjak.

Kesimpulannya..DEMO PROTES TURUN MINYAK telah bertukar kepada PROTES NAIK MINYAK(naik angin)…Syabas kpd pihak penganjur….atas hadiah anda untuk PR yang Bakal Memerintah MALAYSIA..bila agaknya ek..???sama2 kita DOAKAN….Wallahua’lam.

Lebih 18 tahun pemimpin Umno Kelantan gigit jari

"Selagi Tok Guru Nik Aziz mengetuai kerajaan Kelantan, pemimpin Umno usah bermimpi," inilah kata-kata yang sering kita dengari. Sejak 18 tahun lalu, ungkapan itu tidak muak-muak diluahkan.

Ada pihak berhujah ia sengaja digembar gemburkan pemimpin Umno. Persoalannya di sini, benarkah telahan yang dibuat itu. Kalau dirujuk kepada pengalaman 18 tahun sejak 1990, ungkapan tersebut ada kebenarannya.

"Namun orang PAS perlu lebih berhati-hati kerana ia adalah strategi musuh bagi melemahkan perjuangan PAS. Apabila tidak ada tok guru bermakna PAS sudah tidak relevan lagi di Kelantan," kata bekas pemimpin KeADILan Tanah Merah.

Hujah pemimpin terbabit ada asasnya. Sejak 1990 sehingga sekarang sudah lima kali Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengepalai PAS di Kelantan dalam medan pilihan raya umum.

Semuanya itu berjaya menjulang nama Menteri Besar terbabit. Sebelum pilihan raya umum 1990, rakyat Kelantan dan penyokong PAS hanya mengenalinya sebagai Ustaz Nik Aziz.

Namun, selepas menduduki kerusi Menteri Besar gelaran kemudian diubah, setaraf dengan kedudukannya. Bagi rakyat Kelantan gelaran ustaz dan tok guru jauh bezanya.

Tok Guru lebih dirujuk kepada alimnya dan keramat yang dimiliki. Manakala ustaz apabila seseorang menamat pengajian dalam bidang agama.

Lebih-lebih lagi kembali dari Timur Tengah.

Dalam ukuran lain, ustaz juga terdapat dalam Umno. Namun untuk menggunakan title tok guru, mungkin tidak sesuai.

Ketika aju persoalan kepada Menteri Besar benarkah tanpanya PAS Kelantan akan kecundang. Lantas beliau menjawab, "ketika Dato' Asri Muda bersama PAS, ramai berpendapat tanpanya PAS akan hilang sokongan.

"Namun setelah Asri berjinak dengan Umno, sebaliknya PAS terus kekal dan pengaruhnya makin melonjak," kata Tok Guru Nik Aziz.

Biar pun sejarah mencatat Tok Guru Nik Aziz gemilang dalam lima pilihan raya umum, namun tidak kurangnya dengan kegagalan dalam pilihan raya kecil.

PAS dan rakan gabungannya pernah tewas pada pilihan raya kecil di Semerak dan Pengkalan Pasir. Namun berjaya dalam tiga lagi pilihan raya kecil iaitu di Sungai Pinang dan Limbongan serta Pulai Chondong.

PAS juga hampir kecundang pada pilihan raya umum 2004.

"Pasang surut dalam perjuangan sudah menjadi perkara biasa. Adat bertanding pasti akan ada yang kalah atau menang. Begitu juga PAS ketika di bawah pimpinan Tok Guru Nik Aziz," kata Adun Gaal, Dr Nik Mazian Nik Mohamad.

Apakah petuanya sehingga PAS Kelantan berjaya mempertahankan kerajaan negeri dalam tempoh begitu lama. Sedangkan pemimpin Umno pada awal 1990-an mendakwa kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah hanya mampu bertahan tiga bulan.

Sejak 18 tahun lalu di bawah dua Perdana Menteri, Umno dan Barisan Nasional terus menggigit jari di Kelantan. Tun Dr Mahathir Mohamad dan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi gagal mencuri hati rakyat Serambi Makkah.

Biar pun jenuh benar kenyataan mahu merampas Kelantan dikeluarkan, namun hampir dua dekad ia gagal berpijak di alam nyata.

Bagi Adun Dabong, Arifabillah Ibrahim aura kejayaan yang banyak dirintis di Kelantan sedikit sebanyak menyumbang kepada kebangkitan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum lalu.

"Di sini patut dirakam ucapan tahniah kepada media oposisi seperti Harakah, Siasah dan terbaru Wasilah serta internet yang banyak membantu menyebarkan maklumat perubahan di Kelantan.

"Manakala media massa pro-Umno juga ada peranannya. Pendedahan secara keterlaluan menyebabkan rakyat mulai muak dan keyakinan kepada media terbabit makin merosot," ujarnya.

Maka apakah resepi kejayaan yang mampu dikongsi bersama rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi negeri Pakatan.

Ia bermula dengan agenda yang mudah. Melaksanakan dasar berjimat cermat dalam pengurusan kewangan.

Falsafah yang sering diterapkan iaitu berjimat jangan sampai kedekut, belanja jangan sampai boros. Mengambil kira aspek itu juga kerajaan negeri memperkenalkan konsep taawun (gotong royong).

Pada peringkat awal usia kerajaan Angkatan, banyak projek pembinaan masjid, jambatan, jalan kampung dan rumah penduduk miskin dilaksanakan secara gotong royong. Malangnya sekarang sudah jarang kedengaran lagi.

Selain itu memindahkan simpanan tetap (fixed deposit) ke Bank Islam bagi mengelakkan unsur riba. Menghapuskan tender runding yang menjadi amalan kerajaan BN sebelumnya.

Mengembalikan jawatan Yang Dipertua Majlis Daerah kepada ketua jajahan, sedangkan sebelum itu didominasi pemimpin Umno. Ketua Jajahan juga diberi kuasa meluluskan hak milik tanah bagi keluasan kurang daripada 10 ekar.

Dan Kelantan juga dianggap negeri pertama yang menyediakan Proton Perdana V6 kepada ketua-ketua jajahan. Ia berlaku sejak dua tahun lalu.

Kerajaan negeri juga melantik penghulu di kalangan penduduk bukan Islam. Menaikkan elaun penghulu dan guru-guru sekolah Yayasan Islam Kelantan.

Tidak lama lagi penghulu di Kelantan akan menerima elaun sebanyak RM600 sebulan, berbanding sekarang RM400. Kelantan juga negeri pertama melantik penghulu di kalangan wanita. Sekarang terdapat 64 penghulu wanita termasuk dua orang Tionhua.

Kelantan juga negeri pertama melaksanakan cuti mingguan dua hari yang bermula 1 Januari 1996, kemudian diikuti kerajaan PAS Terengganu pada 1999.

Dari aspek kerohaniah diamalkan peraturan memulakan mesyuarat dan majlis dengan bacaan surah Al Fatihah dan menutupnya dengan Tasbih Kafarah serta Surah Al Asr.

Pada bulan Ramadan kakitangan kerajaan negeri dibenarkan balik jam 3.30 petang. Unit Dakwah Halaqat juga diwujudkan bagi menyemarakkan syiar agama di kampung-kampung.

Manakala premis-premis judi dihapus mulai 1 Januari 1991 dan menyusun semula penjualan arak di kedai-kedai milik peniaga bukan Islam.

Mengharamkan konsert rock, menora, makyong, wayang kulit dan permainan-permainan yang berunsur syirik. Kumpulan nasyid perempuan hanya dibenarkan membuat persembahan terbuka bagi yang berusia di bawah 15 tahun.

Penggunaan gambar-gambar wanita di papan tanda juga ditegah. Kerajaan negeri juga mengambil tindakan drastik dengan menghapuskan lesen beca.

"Menjadikan Kelantan negeri contoh kepada kerajaan negeri-negeri lain hatta kepada Kerajaan Pusat, seperti dalam pelaksanaan syariat Islam dan sistem kewangan Islam," kata Menteri Besar.

Kini model pentadbiran negeri berkebajikan sudah ada. Empat lagi negeri Pakatan Rakyat sudi-sudilah mengintainya

Dunia rosak akibat zionis dan penjajah

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Thu | Jul 10, 08 | 7:00:31 am MYT

Semua di kalangan kita menyedari bahawa dunia Islam terletak dalam kedudukan yang strategik di peta dunia.

Negara-negara umat Islam kaya dengan hasil bumi semulajadi yang turut sama memberi sumbangan kepada seluruh dunia. Umat Islam bertebaran di seluruh dunia sama ada di Timur atau Barat.

Mereka merupakan tenaga manusia yang memikul amanah dakwah agama Islam, yang mengajak kepada keamanan , keadilan dan persaudaraan antara sesama manusia.

Tenaga kerja umat Islam pula dapat menjana tenaga kerja mahir dalam pasaran global yang luas. Umat Islam juga merupakan umat yang mampu membangunkan tamadun manusia dan mentajdidkannya. Namun kesan dan pengaruh penjajah masih lagi utuh dan teguh.

Situasi ini menghalang usaha murni untuk membangunkan aspek kerohanian dan material umat Islam itu sendiri apatah lagi untuk mambangunkan manusia keseluruhannya supaya mereka menjadi umat yang disebut oleh Allah sebagai umat yang terbaik.

Marilah kita menyedari bahawa Orde baru dunia hari ini adalah merupakan hasil dan cetusan strategi penjajah yang bertujuan untuk membendung kebangkitan Islam dan seterusnya menyekat umat Islam daripada kembali kepada ajaran agama Islam yang menjadi punca keagungan kita.

Negara-negara umat Islam hari ini tidak mempunyai kebebasan dalam menyusun hal ehwal ekonomi, pentadbiran, pendidikan dan media. Mereka masih dibelenggu oleh peraturan yang ditetapkan oleh penjajah. Namun pada masa ini peraturan-peraturan penjajah itu dilaksanakan oleh anak bangsa kita yang menerajui sistem pemerintahan dan mereka bercakap dengan bahasa kita.

Dalam masa yang sama, gerakan Islam yang berjuang untuk membebaskan umat ini daripada cengkaman penjajah terpaksa berdepan dengan berbagai halangan dan rintangan sama ada dari dalam atau luar.

Sekalipun mereka bergerak dengan cara aman seperti menggunakan kaedah demokrasi, kebebasan hak asasi manusia, keadilan dan berbagai syiar yang dimomokkan oleh order baru pada masa ini, gerakan Islam masih dihalang daripada menegakkan syiar-syiar tersebut kecuali dengan syarat mengubah Islam atau mengenepikan asas-asas keimanan dan akhlak sebagaimana yang dikehendaki oleh mereka.

Jika kita mengimbau sejarah umat Islam, kita dapati umat Islam telah berjaya memberikan sumbangan yang besar kepada umat manusia khususnya di zaman keagungan Islam. Islam telah mengemukakan sistem yang terbaik dalam menguruskan sumber manusia sama ada dalam pembentukan individu, sistem pemerintahan, pengurusan ekonomi dan sebagainya.

Islam juga berjaya memberikan definisi yang jelas mengenai nilai-nilai baik, keadilan, persaudaraan antara sesama manusia dan hak-hak asasi kemanusiaan. Dari sudut yang lain Islam juga berjaya meletakkan manusia sebagai hamba yang mengabdikan diri kepada Allah dan menjadi khalifah Allah di atas muka bumi ini.

Antara keistimewaan Islam adalah kesesuaiannya dengan fitrah dan naluri semula jadi manusia. Oleh itu al-Quran memberikan petunjuk kepada manusia sama ada melalui peraturan-peraturannya atau kisah-kisah yang dipaparkan supaya ia menjadi panduan kepada manusia dalam semua urusan mereka.

Islam merupakan agama yang paling sempurna mengatasi segala idealogi dan pemikiran yang dijadikan asas kepada order baru dunia hari ini. Kepincangan dan kelemahan idealogi manusia ini boleh mengancam keamanan dan kestabilan dunia sehingga tersebarnya gejala-gejala buruk dalam masyarakat dan negara. Manusia diancam kebuluran dan ketakutan sehingga akhirnya boleh membawa kepada kemusnahan dan kehancuran.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara-saudara kita di Turki yang telah menganjurkan muktamar tahunan yang menghimpunkan seluruh persatuan-persatuan dan gerakan Islam di seluruh dunia.

Muktamar ini diharap akan dapat menyatukan saf perjuangan umat Islam. Saya juga berharap semoga muktamar ini akan dapat menyelaraskan kerja-kerja ini dengan lebih baik dan teratur supaya kita akan berjaya memimpin umat ini untuk mencapai objektif yang diharapkan dan menyelamatkan umat manusia daripada agama yang menyimpang serta idealogi yang merosakkan.

Mudah-mudahan usaha ini akan menyebabkan kita berjaya menjulang tinggi agama Islam yang mulia ini sekalipun ia dibenci oleh orang yang kufur.

Islam sebagai agama yang syumul dan global memerlukan kita bersikap positif dalam menangani isu-isu berkaitan dengan politik, keamanan, ekonomi, akhlak, alam sekitar dan sebagainya.

Sungguhpun gerakan Islam disekat daripada bergerak secara bebas kita masih boleh berdepan secara aman dalam negara yang demokrasi.

Dari sudut yang lain, kita juga tidak akan berdiam diri terhadap sebarang bentuk kezaliman yang dilakukan secara terang-terangan bagi menghalang kemenangan kita di setiap tempat.

Begitu juga kezaliman yang menyekat kemajuan kita dalam bidang sains dan teknologi serta paksaan untuk kita patuh dan tunduk dalam usaha untuk menjajah bumi umat Islam dan menghalang hak-hak kita untuk hidup.

Dalam perayaan memperingati pembukaan kota Istanbul oleh orang-orang Turki yang keluar dari Asia Tengah dengan dipimpin oleh Muhammad al-Fatih r.h. mengingatkan kita kembali bahawa Islam akan memuliakan mereka yang berpegang dengan ajarannya.

Sebagaimana Allah telah memuliakan masyarakat Arab yang keluar dari tengah padang pasir dan berjaya menewaskan dua kuasa besar dunia pada masa itu iaitu Rom dan Parsi.

Mereka berjaya memimpin dunia setelah mereka berpegang kepada ajaran Islam. Kita juga akan berjaya memulihkan dunia yang telah dirosakkan oleh golongan Zionis dan penjajah moden ini jika kita kembali kepada Islam kerana kita berada di atas landasan yang benar.

Kebenaran akan terus kekal dan akan mendapat pertolongan daripada Allah SWT Mereka membuat perancangan-perancangan jahat mereka sedang Allah juga merancang untuk mereka dan ingatlah bahawa Allah tidak akan menyalahi janji kepada para rasul-Nya dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bertindak. - mks.

[Terjemahan intipati ucapan YB Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semasa berucap di 17th International Congress of Muslim Communities Union, 29 � 30 Mei 2008, Istanbul, Turki. Ucapan diberikan dalam Bahasa Arab] _